Kenapa anda harus datang ke seminar Public Gold?

Setiap cawangan Public Gold akan secara kebiasaannya mengadakan sesi seminar dari masa ke semasa. Biasanya dalam sebulan ada sekitar 2 ke 3 kali akan di adakan seminar ini. Apa yang ada di seminar dan kenapa anda harus datang walaupun sekali dalam seumur hidup?

Jawapan paling ampuh ialah : Seminar ini mengajar anda ilmu yang tidak diajar di universiti sekalipun, iaitu ilmu emas. Ilmu emas yang sebenar. Kenapa emas perlu disimpan dan apa kelebihan simpan emas? Ia diceritakan secara santai sahaja, jadi tak perlu risau. Ada rahsia besar kenapa emas begitu hebat sekali auranya.

Kata orang tak kenal maka tak cinta. Begitu jugalah dengan Syarikat Public Gold. Sekiranya anda berhasrat untuk membeli emas Public Gold, apa yang patut anda lakukan ialah hadir dan lihat sendiri pejabat jualan Public Gold. Jumpa sendiri dengan staf-staf dan tengok sendiri dengan mata anda bangunan Public Gold.

Kalau boleh datang saja ke Ibu Pejabat Besar (Headquarters) Public Gold yang terletak di Pulau Pinang. Lihat sendiri bagaimana staff kami bekerja dan bagaimana kami bukan bermain-main mahu menjual emas. Di sana ada lengkap dengan peti besi simpanan emas yang begitu kemas terjaga dan ketat sekali kawalannya.

Kalau Pulau Pinang terlalu jauh dengan tempat anda maka carilah cawangan yang paling dekat dengan tempat anda. Jangan risau, pejabat jualan Public Gold ada di semua negeri di Malaysia kecuali Perlis sahaja yang tak ada. Orang Perlis bagaimanapun boleh saja ke cawangan Public Gold di Kedah.

Selain dapat berjumpa staff anda juga boleh berjumpa dengan orang-orang hebat yang berjaya dengan bisness Public Gold. Macam contoh saya yang hadir di Public Gold cawangan Bangi di bawah ini, penceramah yang begitu hebat menyampaikan ceramah ialah Abang Long Fendy, seorang top dealer Public Gold sendiri yang begitu berpengalaman luas dalam bidang pelaburan emas.

Dengarkan beliau bercerita kenapa beliau boleh mula jatuh cinta dengan emas jenama Public Gold walaupun beliau ini pada mulanya adalah seorang yang begitu negatif dengan Public Gold. Beliau pernah memotong emas Public Gold di depan tauke kedai pajak kerana mahu menguji kesahihan emas Public Gold!

Ceramah yang santai ini tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Ia biasanya secara purata sekitar 50 minit sahaja, bergantung pada penceramah mana yang sampaikan. Saya jamin, anda tak akan kering gusi mendengar celoteh Abang Long Fendy yang bersahaja namun padat dengan ilmu.

Apa yang menarik ialah bila selesai sessi ceramah pihak Public Gold akan membuka kaunter jualan emas. Emas yang dijual ini akan diberikan pada harga diskaun kerana meraikan para tetamu yang sudi datang mendengar ceramah. Kebiasaannya emas yang dijual pada sessi seminar ini ialah emas bersaiz kecil sahaja iaitu 0.5 gram dan kadang-kadang yang bersaiz 1 gram sahaja. Kalau anda berhasrat mahu membeli emas yang lebih besar seperti 100 gram atau mungkin sekilo, maka datanglah pada waktu pejabat atau terus hubungi pengurus cawangan untuk mengatur temujanji.

Sebelum berangkat pulang, Public Gold akan membuat beberapa cabutan bertuah kepada mereka yang membeli emas. Kalau kehadiran pada malam berkenaan bagus, maka cabutan bertuah ini akan dibuat kepada semua yang hadir! Maknanya semua yang hadir berpeluang untuk menang emas cabutan bertuah. Ada hadiah aksessori Public Gold dan ada hadiah emas. Saya sendiri sudah merasa banyak kali menang cabutan bertuah ini.

Di bawah ini ialah contoh emas 0.5 gram yang saya beli semasa hadir ke salah satu sessi ceramah Public Gold.

Ini pula ialah gambar saya terpilih untuk menang cabutan bertuah emas Public Gold yang bersaiz 0.5 gram! Walaupun saiznya kecil sahaja, tapi nilainya adalah begitu besar bagi saya sebab saya memang mengumpul semua tema kad emas Public Gold.

Jadi, datanglah ke seminar Public Gold ini. Saya berani jamin anda tak akan rugi apa-apa kerana ilmu yang disampaikan adalah sangat bermanfaat sekali dan anda berpeluang juga untuk menang emas cabutan bertuah. Selain itu, anda dapat melihat sesuatu yang baru dan mungkin juga boleh berjumpa kawan baru. Kepada yang bujang, silap haribualan boleh berjumpa jodoh dekat sini tau!

Ok lah kalau saya cakap tak ada “sales pitch” tu tipu sangat lah. Memang ada sales pitch, iaitu galakan supaya anda beli emas, tapi itu di hujung dan sangat sedikit. Apa yang banyak dikongsikan sebenarnya ialah rahsia emas itu sendiri. Sejarah emas dan banyak lagilah yang pasti membuat anda tak akan menyesal. Saya yang dah khatam berkali-kali pun bila datang pasti ada benda baru yang membuat saya rasa teruja.

Jadi, kalau anda berhasrat mahu hadir, semak dahulu jadual ceramah seperti yang saya kongsikan di bawah ini. Kemudian anda hubungi saya di talian 012-9108905 agar saya dapat mendaftarkan anda. Kalau nak whatsapp pun boleh juga di www.wasap.my/60129108905

Sila KLIK untuk Jadual Ceramah Public Gold dan kalau berminat untuk hadir, boleh juga terus mendaftar sendiri di SINI.