Kelebihan akaun emas GAP Public Gold

Salah satu cara terbaik untuk membeli emas fizikal Public Gold ialah dengan membuka akaun GAP Public Gold. Sebagai seorang pelanggan dan dealer Public Gold, saya sendiri memiliki akaun GAP Public Gold dengan PG code PG073921. Apa itu akaun GAP Public Gold dan apa keistimewaannya?

GAP bermaksud Gold Accumulation Programme. (Seterusnya saya akan guna GAP) Ia adalah satu akaun yang kita buka bersama Public Gold untuk mengumpul emas fizikal LBMA yang sebenar. Apa yang istimewa ialah program ini memudahkan lagi proses mengumpul atau menyimpan emas.

Semua orang tahu emas ialah barang berharga; contohnya semasa artikel ini ditulis, harga jongkong 10 gram sahaja pun hampir mencecah RM 2 ribu (RM 1941). Kalau untuk kebanyakan orang biasa, jumlah itu agak besar dan membebankan.

Di sinilah program GAP membantu sesiapa sahaja yang berdisiplin menyimpan untuk mengumpul sehingga tercapai target 10 gram ataupun lebih, terpulang pada target masing-masing. Bila baki akaun GAP sudah sampai 11 gram maka bolehlah anda keluarkan dari akaun anda jongkong 10 gram emas LBMA untuk anda simpan sendiri.

Akaun GAP boleh anda buka dengan hanya membeli satu gram saja. Contohnya hari ini RM 195. Maka anda sudah memiliki akaun GAP dengan membayar (transfer online) RM 195 terus kepada akaun Public Gold (tak perlu bayar kepada dealer). Harga ini juga lebih murah berbanding harga jongkong 1 gram “cash and carry” iaitu RM 250.

Setiap bulan yang berikut, anda boleh terus membeli sama ada satu gram atau lebih dari masa ke semasa mengikut harga GAP pada waktu itu (harga GAP berubah setiap hari). Setiap kali membeli dengan GAP, pihak Public Gold akan merekodkan jumlah gram anda yang telah terkumpul di dalam server yang telah di “back up” dengan sempurna (kerjasama Oracle).

Keistimewaan GAP

  1. Proses membeli emas menjadi lebih mudah, selamat dan cepat, semuanya online.
  2. Menyemai disiplin dan tabiat menabung aset lebih berharga dengan emas fizikal.
  3. Pilihan untuk ambil duit tunai (jual semula) atau ambil emas fizikal.
  4. Tiada upah simpan selagi anda belum ambil emas anda.
  5. Simpanan anda diaudit oleh badan bertauliah.
  6. Boleh keluarkan semua jenis berat gram yang ada seperti 1 gram, 10 gram atau 100 gram.
  7. Membolehkan pelabur mengejar matlamat simpanan mereka dengan lebih mudah.
  8. Tiada had tempoh masa.
  9. Boleh diwarisi
  10. Emas fizikal berstatus LBMA.
  11. Harga (per gram) yang lebih murah.

Soalan biasa tentang GAP

  1. Siapa boleh buka GAP? Sesiapa sahaja boleh buka, termasuk anak kecil, cuma kena ada penjaga sebagai akaun bersama.
  2. Boleh ke kalau keluarkan semua baki akaun GAP? Anda perlu tinggalkan satu gram baki GAP sebagai tanda akaun anda aktif.
  3. Boleh ke nak beli terus 10 gram? Anda perlu beli minima rm100 untuk buka akaun tetapi kalau nak beli terus 10 gram atau lebih memang boleh.
  4. Berapa nilai minimum untuk top up GAP? Bila anda sudah ada akaun GAP anda boleh top up minimum RM 100 (akan ditukar kepada jumlah berat gram emas) ke dalam akaun GAP. Anda disyorkan membeli ikut harga gram supaya senang pihak anda membuat rekod juga.
  5. Berapa kali harga GAP berubah? Dalam keadaan biasa (normal market) harga GAP akan berubah sekali sahaja setiap hari iaitu pada jam 12 AM setiap hari.
  6. Berapa lama boleh simpan dalam GAP? Tiada had tempoh.
  7. Bila boleh tengok baki GAP selepas saya bank in dan update pembelian? Selepas sekitar sejam.
  8. Ada bayaran lain? Anda perlu bayar premium emas bila anda keluarkan emas anda. Kadar premium ini kecil sahaja dan tidak membebankan.
  9. Boleh ke keluarkan dari cawangan lain? Boleh keluarkan dari mana-mana cawangan lain cuma anda dinasihatkan membuat temujanji terlebih dahulu.
  10. Boleh ke jual semula tanpa pergi ambil emas fizikal? Ya boleh jual semula.
  11. Berapa kerap dan berapa banyak saya boleh top up akaun GAP? Terpulang kepada anda. Tapi disyorkan jadikan tabiat menambah paling kurang beli satu gram setiap bulan, jadikan tabiat. Kalau target anda tinggi, beli lebih.
  12. Berapa harga GAP paling tinggi? Setakat artikel ini ditulis harga GAP paling tinggi ialah 197
  13. Macam mana harga GAP ditetapkan? Harga GAP ditetapkan oleh pihak Public Gold bersandarkan harga emas “spot gold” sedunia.
  14. Apa perlu saya buat bila ada masalah? Hubungi dealer anda atau cawangan office terdekat.

Ada soalan lain? Anda boleh terus whatsapp saya 012-9108905 atau e-mail atau guna form di ruang hubungi saya.

Cara buka akaun GAP.

Sila daftar dengan klik link berikut

Daftar akaun GAP

Sekian.

Ahmad Sadli Ibrahim

Authorized Dealer Public Gold

12 Ramadhan 1438 / 7 June 2017

Telaga Bata, Tumpat.

Filed under: