Cara menambah “top up” akaun GAP

Updated : 27 June 2022

Cara membeli GAP :

Log in – tekan My GAP – tekan Purchase.

Pilih GAP – Masuk jumlah RM yang nak beli ( gram akan di update)

Pilih Bank – Teruskan sehingga tamat. Anda akan dapat notifikasi (dan resit) melalui email selepas siap.

Siap : )

Berikut pula ialah cara lama : (kini obsolete)

Sesiapa yang sudah mempunyai akaun GAP pastinya berhasrat menambah simpanan emas GAP mereka. Cara menambah akaun GAP anda ialah seperti yang berikut.

  1. Pergi ke laman web Public Gold untuk melihat berapa harga GAP untuk hari tersebut. (Tidak perlu Log in masuk lagi). Cuma mahu tengok harga GAP sahaja dahulu.
  2. Selepas melihat harga kira berapa gram mahu beli. Contoh: Kalau mahu beli 3 gram maka 3 darab harga GAP hari itu. Selepas dapat jumlahnya terus bank in jumlah tersebut melalui akaun transfer ke akaun Maybank Public Gold nombor 5571 3923 8048. Jumlah minimum boleh transfer ialah RM 100. Selepas transfer “capture” screen shot seperti berikut. Contoh:
  3. Selepas sudah “capture” barulah anda update data tersebut ke akaun GAP anda. Kali ini barulah anda Log in masuk ke akaun GAP anda. Tak semestinya update pada hari yang sama tetapi kalau boleh buatlah secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang masalah. Bila log in anda terus ke bahagian My GAP. Seterusnya tekan “Purchase”
  4. Isikan jumlah duit yang anda bank in tadi. Nilai gram akan di update secara automatik oleh sistem.
  5.  Bila semua sudah di isi dan resit pun sudah di upload, tekan butang “request”. Selepas itu sistem akan minta anda sahkan. Tekan OK untuk sahkan.
  6. Selepas selesai, sistem akan catit status pembelian anda sebagai “Requested”, maknanya under proses. Baki terkini akan dipaparkan selepas Public Gold mengesahkan bayaran, biasanya selepas dua hari bekerja.
  7. Selepas dua hari anda bolehlah Log in dan semak kembali baki gram anda yang terkini. Kalau ada masalah seperti jumlah gram tidak sama (biasanya tidak berlaku kalau step di atas sudah betul) , sila hubungi dealer anda untuk dia bantu. Kalau saya dealer anda saya akan terus hubungi Public Gold.
  8. Selesai.

Sekian. Kalau masih ada soalan sila whatsapp saya.

Terima kasih.

Ahmad Sadli Ibrahim

Authorized Dealer Public Gold

15 Ramadhan 1438 / 11 June 2017

Kajang, Selangor.

Filed under: