Cara keluarkan emas fizikal dari GAP

Untuk keluarkan emas fizikal dari akaun GAP sila ikuti langkah-langkah berikut.

  1. Log in masuk ke Public Gold dan semak berapa baki gram GAP anda yang terkini. Proses ini adalah sebagai pengesahan anda sahaja kerana kebiasaannya pelabur sudah sememangnya tahu berapa gram yang mereka miliki (sudah beli) dengan akaun GAP. Contoh :
  2. Kalau baki seperti di atas ini, anda boleh pilih untuk keluarkan mana-mana jongkong emas yang nilainya lebih rendah dari 50 gram seperti jongkong 1 gram, jongkong 5 gram, jongkong 10 gram, jongkong 20, jongkong 1 dinar, jongkong 5 dinar, atau jongkong 10 dinar. Kalau nak keluarkan jongkong 50 gram, kenalah cukupkan dulu baki GAP tu kepada 51 gram. Baki 1 gram kena tinggalkan, sebagai tanda aktif.
  3. Ambil menu GIT. Pilih emas yang anda mahu dan masukkan ke dalam bakul. Pastikan alamat anda betul. Buat bayaran premium. Teruskan sehingga tamat.
  4. Untuk emas yang lebih berat daripada menu GIT, sila ke langkah berikut.
  5. Telefon cawangan terdekat dengan tempat anda untuk memberitahu hasrat anda mahu keluarkan jongkong pilihan tadi.
  6. Kalau anda menelefon pada masa yang baik, staff akan beritahu bahawa stok yang anda mahu memang ada dan apa yang anda perlu buat ialah beritahu staff bila anda mahu datang.
  7. Kalau anda menelefon pada masa yang kurang baik, staff akan beritahu bahawa Public Gold akan ambil maklum permintaan anda dan satu “job notice” akan dibuat oleh pihak Public Gold iaitu menghantar emas yang anda mahukan itu dari ibu pejabat (Pulau Pinang) ke cawangan yang anda telefon itu. Tempoh masa menunggu ini paling lama mengambil masa sekitar dua minggu dan apa yang Public Gold akan lakukan ialah membuat satu temu janji untuk menelefon kembali apabila stok anda sampai. Kes ini biasanya berlaku kepada emas yang besar seperti 100 gram, 250 gram atau 1000 gram.
  8. Kalau anda setuju tunggu, ambil nama staff tersebut dan minta dia hubungi anda kalau sudah sampai stok. Boleh sentiasa dapatkan update terkini dari staff tersebut.
  9. Kalau anda tidak mahu menunggu, beritahu staff anda mahu cuba tanya cawangan lain dahulu.
  10. Bila temujanji sudah diatur, datang ke office tersebut pada masa yang dijanjikan dengan membawa dokumen pengenalan IC dan sediakan duit premium. Rujuk kadar premium di bawah.
  11. Selepas membayar premium anda akan mendapat emas yang anda mahu itu beserta resit yang menunjukkan segala butiran dan juga baki terkini GAP anda. Semak butiran dan sahkan kandungannya.
  12. Hanya pemilik akaun sendiri boleh mengambil emas tersebut. Untuk kes kematian, pewaris perlu datang membuat pengesahan dan tuntutan.
  13. Office cawangan tidak menyimpan stok yang terlalu banyak terutama sekali gold bar bersaiz besar atas faktor-faktor keselamatan.
  14. Ibu pejabat Public Gold Pulau Pinang mempunyai safe deposit box yang terbaik, maka di sinilah stok yang banyak disimpan.
  15. Semua pejabat Public Gold adalah mempunyai kawalan keselamatan yang ketat lengkap dengan pengawal keselamatan dan pintu besi yang kukuh.
  16. Emas ialah barang “high value” yang sensitif, itulah sebabnya semua prosedur di atas ini berlaku.
  17. Kalau anda tidak mahu mengambil emas fizikal tetapi mahu menjual terus dan ambil wang tunai, sila guna “option” buy-back di dalam akaun anda bila log in ke bahagian My GAP. Rujuk gambar atas.
  18. Public Gold berusaha memberikan anda perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti.
  19. Kepercayaan dan kejujuran adalah teras perniagaan Public Gold.
  20. Sejak 2008 lagi Public Gold sentiasa menepati kehendak pelanggan dan menjaga nama baik Public Gold.
  21. Public Gold mempunyai hubungan baik dengan pihak kerajaan Malaysia dan kerabat di Raja, termasuk KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di pertuan Agong negara Malaysia.
  22. Sekiranya masih ada kemusykilan boleh terus tanya saya melalui whatsapp. Saya akan bantu sebaik mungkin.

Sekian.

Ahmad Sadli Ibrahim

Authorized Dealer Public Gold

13 Ramadhan 1438 / 8 June 2017

Telaga Bata, Tumpat.

Filed under: