Bagaimana rupa emas 1 kilo gram (Public Gold)

Pernahkah anda melihat emas seberat satu kilo? Adakah anda membayangkan emas satu kilo itu terlalu besar dan berat sehingga tidak mampu di bawa dengan mudah? Harga emas satu kilo pula bukanlah calang-calang anak. Untuk keadaan market yang biasa hari ini, biasanya harga emas satu kilo berada pada paras 170 ribu ke 190 ribu.

Bayangkanlah harga emas satu kilo sewaktu artikel ini ditulis ialah menghampiri RM 170 ribu (harga tengah rendah sekarang). Pada tahap ini, ia adalah harga yang sudah mampu untuk membuat sebuah rumah berskala kecil di kawasan kampung di Kelantan (negeri asal saya).

Emas paling besar dan paling berat yang dikeluarkan oleh Syarikat Public Gold ialah satu kilogram, atau bersamaan dengan 1000 gram. Emas satu kilo ini adalah berstatus LBMA (London Bullion Merchant Association), maksudnya ia diiktiraf oleh LBMA. Bukan senang ya untuk mendapat status LBMA kerana ia perlu melepasi satu piawaian yang ketat barulah boleh mendapat status LBMA.

Ok jom kita tengok orang-orang hebat Public Gold memegang emas seberat satu kilo. Perhatikan aura emas satu kilo dan bagaimana ia membuat sesiapa sahaja yang memegang emas seberat ini akan secara automatik tersenyum kepuasan. Itu baru pegang sudah angau macam tu. Agaknya macam manalah kalau emas satu kilo menjadi milik anda secara mutlak? Cuba anda bayangkan.

Ini ialah Abang Long Fendy, dia selalu menjadi pengerusi di majlis Jutawan Emas Leadership Training, satu kursus untuk membentuk pengedar Public Gold menjadi pengedar berjaya. Perniagaan emas Public Gold menjadikan Abang Long Fendy seorang manusia hebat.

Ini pula ialah Encik Zulkifli bersama dengan isteri beliau Puan Najdah. Encik Zulkifli dan isteri beliau adalah merupakan antara dealer Public Gold yang paling suksess.

Lihatlah sendiri betapa kecil dan comelnya emas satu kilo ini. Bawa dalam beg macam ni kemudian buat bodoh jer, ha ha.

Ini pula ialah Puan Jonaina Nordin yang lebih dikenali sebagai Cik June. Cik June ialah isteri kepada Encik Syukor Hashim yang merupakan mahaguru emas negara Malaysia.

Sekiranya anda membeli emas satu kilo dari Public Gold anda akan mendapat sijil seperti ini yang memberitahu nombor siri emas dan juga spesifiksi lain yang penting seperti berat, panjang, ketebalan dan juga tandatangan dari assayer, iaitu penguji kualiti dan ketulenan emas itu sendiri.

Lihatlah betapa kecilnya emas seberat satu kilo ini. Kalau rumah adalah aset, maka emas juga adalah aset. Bezanya ialah emas kita boleh bawa masuk terus ke dalam poket dan bawa ia bersama kita. Rumah kita tak boleh buat macam tu. Jadi mana lebih baik, emas atau rumah? Jawabnya ialah anda kena pilih yang mana anda lebih tahu dengan ilmu. Kalau ilmu anda lebih dalam berkenaan pelaburan pada rumah, pilih rumah. Kalau ilmu anda lebih pada emas, pilih emas. Bagi saya kedua dua aset emas dan rumah memiliki kelebihan masing-masing yang tak boleh kita bandingkan untuk mencari pemenang.

Ini pula perbandingan saiz emas satu kilo dengan hand phone yang biasa. Mana anda nak pilih, emas atau hand phone? Ha saya pasti ini pilihan yang lebih mudah.

Ini ialah Encik Syukor Hashim, mahaguru emas Malaysia. Beliau pernah bercerita bagaimana beliau pernah kumpul emas sikit sikit tanpa sedar dah cukup satu kilo!

Ini ialah Ustaz Khairul Annuar Al Hafiz, orang yang membawa saya masuk ke dalam dunia perniagaan emas Public Gold. Saya banyak belajar daripada mereka semua. Terima Kasih.

Kalau anda ingin berhajat membeli emas ini sekilo atau apa jua berat, apa yang anda perlu buat ialah terus ke Pejabat Public Gold yang terdekat. Beritahu staff berapakah berat emas yang anda mahu beli. Anda harus menyatakan kepada staff siapa yang memperkenalkan emas Public Gold kerana ini ialah sistem syarikat Public Gold.

Anda boleh beritahu staff nama saya Ahmad Sadli Ibrahim dan nombor PG code saya PG73921 sebagai intoducer. Saya akan bertanggungjawab membantu anda sebagai pengantara syarikat bila anda perlukan apa-apa urusan seperti jual semula, ingin jadi usahawan dan sebagainya yang berkaitan.

Hubungi saya di wasap.my/60129108905 untuk penjelasan lanjut.