Tip mengelak terkena penipuan skim emas

Semalam saya terbaca kisah seorang wanita usia emas yang terkena penipuan skim bertopeng emas. Sangat sedih juga kisahnya kerana duit yang hangus itu adalah duit pencen beliau dan jumlahnya adalah hampir setengah juta yang hilang lesap begitu sahaja. Bayangkanlah duit yang dikumpul lebih 30 tahun hasil penat lelah bekerja tiba-tiba hilang dek kerana pujuk rayu agen skim pelaburan bertopengkan emas.

Saya merasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda tip-tip secara asas untuk mengenalpasti dan mengelak dari terkena penipuan skim cepat kaya yang bertopengkan emas.

Saya sendiri telah berkecimpung dalam bidang pelaburan emas bersama Public Gold sebagai pelabur / pembeli / agen sejak tahun 2016. Alhamdulillah setakat ini saya masih lagi bersama Public Gold dan akan terus membeli emas Public Gold. Berikut adalah serba sedikit tip mengelak dari terkena penipuan skim bertopengkan emas.

  • Selidik latar belakang orang yang mengajak anda melabur dan membeli emas. Saya memerhati sahabat saya Ustaz Khairul Annuar Basri begitu aktif mempromosi emas jenama Public Gold. Saya kenali beliau semasa sama-sama belajar di UIA. Saya percaya sahabat saya adalah seorang yang mempunyai integriti yang tinggi dan beliau tidak akan membuat sesuatu yang boleh mencemar nama baik beliau. Beliau adalah seorang penghafaz al-quran yang pernah mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Saya membeli emas Public Gold atas dasar saya percayakan beliau 100%. Saya tidak pernah memeriksa kredibiliti syarikat Public Gold sebelum ini. Selepas saya membeli dan “join” Public Gold pada 2016 baru saya belajar tentang Public Gold. Situasi anda mungkin berbeda dengan saya, namun anda boleh juga kenali hati budi seseorang melalui laman sosial orang itu seperti facebook atau IG. Tengok dengan siapa dia berkawan, apa aktiviti dia dan selidiklah dengan mendalam terlebih dahulu siapa orang itu. Akhir sekali gunakan gerak hati anda sendiri, dengan melihat air muka seseorang, adakah dia jujur atau seorang pengkhianat.

 

  • Cari syarikat yang paling besar. Contoh mudah ialah bila mahu beli kereta, pasti anda akan mencari jenama yang paling hebat bukan? Sama juga bila mahu beli emas, carilah syarikat yang ternama dan sudah lama beroperasi. Syarikat begini sudah pasti mahu menjaga nama baik syarikat dan tidak akan melakukan perkara yang akan menghancurkan imej syarikat. Pulic Gold sudah beroperasi sejak tahun 2008 lagi dan kini usianya sudah mencecah 10 tahun beroperasi menjual emas dan perak. Public Gold juga sudah memiliki cawangan di setiap negeri di Malaysia kecuali Perlis. Selain itu, Public Gold juga telah melebarkan sayap ke Indonesia, Brunei dan Singapura selain Sabah dan Sarawak. Syarikat yang ternama begini jarang sekali akan melakukan penipuan terhadap masyarakat. Syarikat Public Gold bahkan diberi kepercayaan oleh kerajaan dan pihak istana negara untuk menempa dan mengeluarkan emas peringatan khas sempena memperingati hari pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad 5. Selain itu, Public Gold juga menempa emas peringatan sempena peristiwa bersejarah perlantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua bagi pihak Pos Malaysia.
Emas edisi khas ini boleh dibeli di Pejabat Pos yang membuka Pos Ar Rahnu

 

  • Cari syarikat yang ada hubungan dengan kerajaan. Bila syarikat itu mempunyai hubungan dengan kerajaan, secara automatik kredibiliti syarikat itu sudah menjadi kukuh. Public Gold sebagai contoh, telah menjalankan kerjsama strategik dengan Pos Ar Rahnu. Pos Ar Rahnu adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pos Ar Rahnu sendiri menjual emas edisi Pos yang mana emas itu dikeluarkan dengan jenama Public Gold ada tertera di kad.
Polis bantuan bertugas di setiap cawangan menjaga keselamatan emas Public Gold.

Cari syarikat yang aktif dan bercampur dengan masyarakat. Public Gold sentiasa menjalinkan hubungan akrab dengan semua lapisan masyarakat, seniman dan juga golongan bangsawan dan kerabat di Raja melalui majlis-majlis amal dan juga seminar-seminar mendidik masyarakat tentang emas.

Amber Chia terpegun dengan kecantikan emas Public Gold
Pos Malaysia dan Public Gold menjalinkan kerjasama strategik
Pengurus Besar Public Gold bersama dengan Tuanku Bainun di satu majlis.
Keratan akhbar detik bersejarah
Bangunan ibu pejabat Public Gold tersergam indah di zon elit kawasan perindustrian Pulau PInang.
Bersama Datuk Daud Bakar (penasihat syariah bank negara) pada majlis persijilan patuh syariah
Tuanku Bainun menandatangani plak
  • Buat kajiselidik sendiri. Anda boleh buat sendiri kaji selidik. Hari ini zaman maklumat di hujung jari, malang sekali kalau masih ada yang tertipu. Anda boleh semak di laman web hampir semua perkara. Dalam bidang emas ini, anda boleh ke website bank negara Malaysia. Di sana terdapat senarai syarikat yang berada dalam senarai “alert” bank negara. Senang saja, kalau syarikat yang menawarkan emas kepada anda ada dalam senarai ini, jangan beli emas itu! Setakat ini syarikat Public Gold tidak ada dalam senarai hitam Bank Negara.
Barisan dealer terbaik Public Gold adalah tokoh terkenal di kalangan masyarakat. Ada penulis, motivator dan juga pakar emas.

Emas edisi khas KDYMM YDP Malaysia

 

  • Cari ilmu dengan cara hadir ke seminar dan ceramah. Ilmulah yang membezakan antara orang yang berjaya dengan orang gagal. Public Gold bukan menjual emas untuk untung semata-mata, tetapi untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang ilmu emas yang betul. Di seminar Public Gold yang di adakan di cawangan, masyarakat didedahkan dengan keadaan ekonomi yang sebenar dengan keadaan parah duit kertas yang sering terdedah ancaman inflasi dan kehilangan nilai. Cuba tengok kadar tukaran wang asing duit Ringgit berbanding Dollar yang semakin bercelaru dan sangat lemah sekali hari ini. Masyarakat juga harus sedar duit kertas bukan lagi seperti sebelum tahun 1971 di mana duit kertas disandarkan pada emas. Hari ini ia tidak disandarkan pada apa-apa. Bila ia tidak disandarkan pada logam atau komoditi, duit itu tededah pada manipulasi pihak kerajaan yang berhutang dan mencetak duit dengan banyak mengakibatkan nilai duit semakin jatuh dari masa ke semasa.

 

Dealer Mama Azizah gigih memberi ilmu dan mendidik masyarakat
Inilah saya, Ahmad Sadli. Anda boleh semak latarbelakang face book saya di facebook.com/ahmadsadliibrahim

Kalau anda sudah tidak ragu-ragu lagi dengan Public Gold, maka anda harus segera bertindak bijak dengan membeli emas jenama Public Gold. Jangan tunggu ada syarikat lain yang belum tentu hujung pangkalnya anda pergi pulak melabur semata-mata kerana ada pulangan setiap bulan. Formula paling mudah untuk pelaburan emas ialah bila anda beli emas, pastikan dapat emas tulen. Beli emas, dapat emas. Itu sahaja. Tiada benda lain. Tiada janji manis yang harga emas akan naik kerana harga emas sentiasa berubah-ubah. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Beli emas juga anda beli komoditi emas itu sahaja. Kalau beli emas dapat duit dalam bentuk untung setiap bulan dan seumpamanya, itu sah mengarut. Jangan beli emas di bank yang hanya dapat buku akaun, tapi emas fizikal tidak wujud.

Hubungi saya untuk membeli emas Public Gold.