Kesan perubahan kerajaan kepada industri emas

Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mengalami perubahan dari kerajaan yang lama kepada kerajaan yang baharu. Perubahan ini telah sedikit sebanyak memberikan impak kepada industri emas secara amnya dan kepada syarikat Public Gold secara khususnya, yang akan saya ceritakan.

Seperti yang anda semua mungkin tahu, kerajaan lama mengamalkan sistem cukai GST manakala kerajaan baru pula bertindak menghapuskan cukai GST dan menggantikan dengan sistem cukai SST. Pertukaran ini sebenarnya telah memberikan kesan secara langsung kepada industri emas.

Emas Public Gold sebelum ini yang berkelas bunga emas, atau emas berukir adalah emas yang dikenakan GST. Manakala emas LBMA adalah emas yang dikecualikan cukai GST. Dengan adanya perubahan sistem cukai ini, kini Public Gold sudah mengumumkan berita gembira buat semua pelanggan berdaftar Public Gold. Apakah  berita gembira tersebut?

Berita gembira kepada pelanggan dan juga bakal pelanggan emas Public Gold ialah Public Gold telah melaraskan harga emas Tai Fook (bunga emas) dengan emas LBMA. Kalau sebelum ini ramai yang ingin membeli emas Public Gold terpaksa memilih LBMA dan ramai yang tidak membeli Tai Fook kerana faktor harga dan spread. Sebelum ini, kalau diambil kira faktor harga dan spread, emas kategori Tai Fook menjadi lebih mahal walaupun berat gram yang sama.

Tahukah anda apa itu itu emas Tai Fook?

Emas Tai Fook atau bunga emas ialah emas berukir dengan corak khusus seperti bunga dan naga. Corak bunga emas ini adalah rumit, teliti dan bukan mudah untuk dihasilkan. Emas LBMA pula lebih ringkas dari segi ukiran. Itulah beza antara emas Tai Fook dengan emas LBMA. Pembeli Tai Fook biasanya adalah peminat emas yang tegar di mana mereka tidak terlalu menghiraukan faktor harga. Apa yang mereka pandang ialah kecantikan emas itu sendiri. Dari segi sentimental, emas Tai Fook pastinya mempunyai nilai sentimental yang lebih tinggi.

Emas Tai Fook Naga

 

 

Bunga emas 100 gram

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Emas LBMA pula ialah emas yang dibeli kerana mahu melabur, iaitu emas yang dibeli kerana mahu mengaut keuntungan di masa hadapan sekiranya harga emas naik kelak. Jadi yang lebih dipentingkan ialah berat emas tersebut, bukan corak apa yang diukir di badan emas itu. Pun begitu, ia tetap emas 24 karat yang masih cantik.

Emas LBMA 100 gram 24 karat

Jadi, pembeli emas membeli emas mengikut apa yang mereka mahu dengan pembelian tersebut. Kalau sebelum ini faktor harga menjadi penghalang kepada mereka yang ingin memiliki emas Tai Fook, kini harga bukan lagi masalah atau faktor kerana kedua-dua kelas emas ini telah pun diselaraskan dari sudut harganya.

Untuk melihat harga emas tersebut, sila ke laman web rasmi public Gold di link berikut

www.publicgold.com.my

Untuk membeli emas anda boleh hubungi saya di www.wasap.my/60129108905