Reputasi syarikat emas Public Gold

Anda mungkin tertanya-tanya, apakah reputasi syarikat emas Public Gold dan bolehkah saya percaya kepada syarikat ini? Maklumlah dalam dunia hari ini syarikat yang menjual emas memang sering menjadi sasaran mereka yang mahu memperguna dan memperdaya masyarakat dengan menjual emas palsu, skim cepat kaya dan sebagainya.

Untuk rekod, Public Gold telah menjalankan perniagaan emas jongkong sejak tahun 2008 lagi. Ia telah dikorporatkan secara rasmi pada 23 May 2008. Kini setelah lebih 10 tahun berniaga, Public Gold bukan sahaja masih lagi beroperasi malah telah berkembang maju ke seluruh pelusuk negara dan telah menembusi pasaran Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kalaulah dalam tempoh yang panjang tersebut Public Gold telah berlaku tidak jujur dalam berniaga, saya pasti hari ini nama Public Gold tidak akan disebut dengan gah. Kalau ada mangsa tertipu pastinya dia akan menyebarkan hal tersebut kepada semua sanak saudara dan rakan taulan. Jika ini berlaku, tiada sesiapa yang mahu berniaga dengan Public Gold.

Itu tidak berlaku, malah Public Gold semakin terkenal dan diiktiraf oleh pihak kerajaan. Buktinya, pada 2015 syarikat Public Gold sekali lagi menempa sejarah apabila telah menjalani perjanjian persefahaman (MOU) dengan syarikat berstatus GLC iaitu Pos Malaysia yang mana Pos Malaysia ArRahnu dan Public Gold telah secara rasmi bersetuju menjadi rakan niaga (business partner).

Ini sejajar dengan visi syarikat Pos Malaysia yang mahu mencuba bidang perniagaan berasakan emas, maka mereka mencari pakar dalam bidang emas. Pos Malaysia seperti yang ramai tahu, adalah menawarkan khidmat dalam bidang pos, dan emas bukan bidang mereka. Maka Public Gold menjadi pilihan pihak Pos Malaysia sebagai rakan niaga sewajarnya akan mempercepatkan dan lebih menjamin keuntungan kedua-dua pihak.

Saya sendiri yang menjadi pelanggan Public Gold pada tahun 2016 adalah merupakan pelanggan yang ke 73 ribu (PG kod saya PG73921) dan sehingga hari ini jumlah pelanggan emas Public Gold adalah melebihi 200 ribu orang di seluruh negara.

Pihak Public Gold bersama pihak POS Malaysia
Nama Public Gold tertera pada emas edisi Pos Malaysia
Public Gold dan Pos ArRahnu kini adalah secara rasmi menjadi rakan niaga
Keratan akhbar kejayaan Public Gold

Selain kerjasama kukuh dengan pihak kerajaan Malaysia, Public Gold juga sentiasa aktif terlibat dalam aktiviti masyarakat dan kebajikan. Dalam kebanyakan aktiviti ini, pihak Public Gold telah menjemput orang kenamaan dan kerabat di Raja untuk terlibat secara langsung. Hal ini pastilah hampir mustahil untuk berlaku kalau syarikat itu terlibat dalam aktiviti yang mencurigakan atau namanya telah tercemar.

Perasmian pejabat Public Gold oleh VIP

Malahan, tahukah anda satu satunya syarikat emas yang dibenarkan untuk menempa emas edisi khas KDYMM Agong Sultan Muhammad ke 5 ialah syarikat Public Gold. Sekali lagi, ini cuma sebahagian kecil dari segunung bukti bahawa Public Gold adalah syarikat yang berlandaskan kejujuran.

Emas edisi khas YDP Agong keluaran Public Gold

Bukan mudah untuk mencari kepercayaan masyarakat, tetapi kalau pihak Public Gold membuat kerja yang tidak baik saya pasti syarikat ini tidak akan bertahan lama. Bagi saya, syarikat Public Gold mempunyai masa depan yang cerah dan gemilang.

Itulah sebabnya saya sendiri tanpa ragu-ragu telah menjadi salah seorang perunding dan agen (dealer) sah syarikat Public Gold walaupun kos untuk menjadi seorang seorang agen sah (autorised dealer) adalah agak mahal. Semoga anda menyokong saya sebagai seorang seorang dealer dan mendoakan kejayaan saya.

Amin. Terima Kasih.

Lagi bukti pencapaian syarikat Public Gold
Hubungi saya untuk mendapatkan panduan membeli emas Public Gold