Kelebihan menyimpan emas : tunai segera

Emas adalah kategori aset bernilai, sama seperti rumah dan tanah. Tapi salah satu kelebihan emas berbanding aset lain ialah ia lebih mudah dicairkan. Memegang emas seumpama memegang duit juga, cuma dalam bentuk yang lebih kekal dan bernilai.

Anda boleh pilih sama ada mahu pajak emas anda atau jual terus, kalau harga semasa memang dah cantik. Kedua-dua kaedah ini membolehkan anda mendapat wang tunai dalam jumlah yang banyak dengan segera pada hari yang sama juga! Bahkan tahukah anda sebenarnya proses menjual emas itu sebenarnya lebih mudah dan senang daripada proses membeli emas itu sendiri.

Keadaan ini pasti amat berbeza sekiranya anda mahu mendapat tunai segera dengan aset seperti tanah atau rumah. Apatah lagi proses menjual rumah bukan semudah mahu jual ais krim, contohnya. Anda perlukan masa yang panjang untuk lalui pelbagai proses perundangan dan sebagainya. Begitu juga kalau anda sewakan pun bukan semudah satu hari untuk mendapat duit sewa itu.

Aset emas bukan sahaja mudah untuk anda jual tetapi mudah juga untuk anda bawa ke mana sahaja. Satu kilo emas yang harganya sekitar RM 180 ribu lebih (harga semasa artikel ini ditulis) itu muat untuk anda letak dalam poket sahaja. Boleh anda bawa dengan mudah dari KL ke Kota Bharu. Kalau rumah macam mana tu?

Apa yang saya mahu katakan di sini ialah emas merupakan aset yang fleksibel dan mudah untuk dicairkan. Setiap instrument kewangan memiliki kelebihan masing-masing, bukan saya mahu kata rumah itu aset tak bagus pula, cumanya mahu kongsi apa kelebihan emas. Emas boleh anda beli tanpa perlu ambil loan seperti nak beli rumah. Aset ini juga boleh dikumpul senyap senyap sahaja dan tidak perlu anda hebohkan.

Menyimpan emas sebenarnya akan membuat anda lebih bersemangat mencari kekayaan kerana emas itu sendiri adalah seumpama magnet kepada kekayaan. Ini kerana fitrah semulajadi manusia ialah suka mengumpul emas. Cubalah anda beli satu gram dan simpan. Mesti anda akan rasa seronok dan ada aura yang tersendiri. Lama kelamaan anda pasti akan berusaha dan mencari jalan untuk mengumpul lebih banyak lagi emas, percayalah.

Nasihat saya, simpanlah emas sebagai satu dana simpanan dalam menempuh kehidupan. Tak boleh simpan banyak, simpanlah sedikit. Masalah boleh datang secara tiba-tiba dan tanpa diduga. Saya sendiri sudah beberapa kali melalui kegetiran keadaan memerlukan wang tunai dengan segera dan emaslah yang menjadi penyelamat saya. Dengan memajak emas di Pos Ar Rahnu saya boleh mendapat tunai dengan segera tanpa proses yang rumit.

Di Pos Ar Rahnu anda boleh mendapat nilai pinjaman sehingga RM 50 ribu. Saya kira itu adalah satu nilai yang cukup tinggi. Kalau anda mahu lebih dari RM 50 ribu, tambah lah emas anda dan buatlah surat pajak yang lain pula di Ar Rahnu yang lain. Nak dapat pinjam macam tu kalau dengan bank alamatnya macam-macam dokumen kena serah dan macam-macam soalan kena jawab.

Dengan emas Public Gold anda mempunyai pilihan tempat pajak yang banyak kerana emas Public Gold sudah dikenali ramai di kalangan pengumpul emas. Keadaan ini merupakan satu kelebihan kerana emas yang anda hantar untuk dipajak itu akan terus saja diambil tanpa proses pemeriksaan atau pentaksiran nilai yang terpaksa dilalui oleh emas jenis lain seperti emas perhiasan wanita contohnya.

Kalau macam saya, saya boleh pilih tempat pajak seperti Pos Ar Rahnu di Kajang atau Pos Ar Rahnu Bangi. Selain itu terdapat juga Ar Rahnu Permodalan Kelantan yang memiliki satu cawangan di bandar Kajang.

Jadi tak wajarlah kiranya masih ada orang yang merasa takut untuk membeli emas. Ini kerana membeli emas itu bukan membuat duit anda habis, cuma anda menukar sahaja duit anda kepada satu bentuk yang lebih kekal dan lebih bernilai.

Soal emas itu tulen memang satu hal yang wajar difikirkan. Tapi untuk masalah itu senang saja untuk diselesaikan. Caranya ialah jangan membeli emas yang sembarangan dari kedai yang sembarangan, apatah lagi dari pihak yang menjanjikan pulangan bulan dan bintang. Cari jenama yang sudah lama bertapak dan dipercayai masyarakat serta kalangan pedagang emas.

Public Gold sebagai contohnya, sudah menjual emas sejak tahun 2008 lagi. Ia juga memiliki standard LBMA, iaitu satu standard piawai antarabangsa untuk pengeluar jongkong emas. Jadi ia bukan sahaja diterima di Malaysia, malah anda boleh saja menjual emas Public Gold di mana-mana tempat di seluruh dunia yang menerima pakai standard LBMA.

Setakat ini di Malaysia hanya emas Public Gold sahaja yang memiliki pengiktirfan LBMA ini. Selain itu, Public Gold juga memiliki sijil patuh syariah dari consultant Amani Advisor.

Bila anda beli emas Public Gold, anda akan dapat emas, itu sahaja. Tidak ada janji lain. Emas adalah komoditi dagangan sama seperti komoditi lain. Ada masa harga dia naik, ada masa harga dia turun. Bila beli emas anda dapat emaslah. Jangan pula anda cari emas, tapi nak yang ada janji ada dapat dividen ke atau komisyen ke memang sah la mengarut. Kecuali anda memang jual emas jenama Public Gold seperti saya, itu memang ada dibayar komisyen lah.

Belilah emas yang tulen, jangan jadi mangsa skim emas yang mengarut ngarut. Hubungi saya untuk membeli emas atau perak.

Sekian.

Ahmad Sadli Ibrahim,

Authorized Dealer Public Gold.

19 Ramadhan 1438 / 15 June 2017