Saya seorang yang kuat bekerja tetapi selalu risau tentang masalah kewangan. Saya selalu berfikir tentang ekonomi yang nampak seperti selalu saja ada masalah. Saya perhatikan harga rumah yang “kononnya” akan sentiasa naik maka semua orang kena cepat-cepat beli rumah.
Saya banyak menyimpan duit. Tetapi saya masih risau. Apa yang saya risau? Saya risau tentang harga rumah yang sentiasa naik dan juga harga barangan biasa yang dipakai hari-hari. Kerisauan saya itu terbukti berasas kerana saya alami sendiri kos sara hidup yang meningkat yang nampaknya menjadikan duit semakin kecil nilainya.
Bayangkanlah, baru satu generasi pun sudah begitu drastik sekali perubahan naik harga barang, apatah lagi kalau generasi anak dan cucu kita nanti, apa akan jadi? Sukar untuk dibayangkan. Tapi sejarah adalah guru yang baik, maka belajarlah dari sejarah.
Mujurlah saya berjumpa dengan sahabat lama saya yang memperkenalkan pelaburan emas Public Gold, saya terus membuat keputusan tepat untuk melabur dengan membeli emas Public Gold. Ia adalah jenama yang teguh dan menjalinkan kerjasama dengan syarikat yang teguh juga iaitu Pos Malaysia (Pos Ar Rahnu).
Rasanya semua orang faham dan mempunyai sedikit idea bahawa menyimpan emas adalah bagus dan penting. Jadi dari segi teknikal turun naik harga emas tak perlulah saya bercerita. Saya cuma nak berkongsi apa yang saya alami sahaja.
Hampir 15 tahun saya bekerja di sebuah kilang Jepun dan banyak juga saya kumpul duit. Namun saya perlukan sesuatu yang lebih ampuh untuk ditunjukkan. Kalau duit yang banyak pun nilainya boleh jadi kecil juga dalam tempoh tertentu. Maka saya beli emas sebagai simbol titik peluh saya bekerja itu.
Apa yang seronok?
Saya telah beli sekeping emas 10 dinar (bersamaan 42.5 gram) sebagai satu simbol kenangan bekerja. Emas itu boleh saya pegang, boleh saya tengok dan boleh buat saya senyum. Itu sudah cukup membahagiakan, percayalah.
Apa faedahnya?
Walaupun saya tidak berhasrat untuk menjual emas itu tapi saya tetap boleh memanfaatkan emas itu. Saya pernah memajak emas itu di Pos Arrahnu dan mendapat pinjaman sekitar RM 5 ribu. Saya gunakan duit itu untuk membeli sedikit emas lagi dan selebihnya saya buat bayaran kos membaiki kereta saya yang sudah tua itu.
Apa saya buat?
Saya sendiri telah menjadi seorang dealer bersama Public Gold setelah saya mendapat banyak manfaat dengan menyimpan emas ini. Saya sentiasa berkunjung ke Public Gold cawangan Bangi untuk mendengar ceramah dan juga urusan jual beli yang lain. Saya juga aktif mempromosi emas Public Gold di media sosial seperti Facebook.
Anda berminat?
Kalau anda berminat membeli emas, nasihat saya pada anda ialah belajarlah dan kenalilah dahulu syarikat Public Gold. Buat kajian sendiri secara mendalam. Anda boleh mendapat maklumat berkenaan Public Gold di blog saya ini juga kerana saya adalah seorang dealer aktif dan saya akan bercerita banyak hal tentang Public Gold di sini, Insya-Allah.
Public Gold adalah satu-satunya syarikat menjual emas dan perak di Malaysia yang memiliki pengiktirafan LBMA. (London Bullion Merchant Association). Selain cawangan yang banyak dengan adanya cawangan di semua negeri di Malaysia kecuali Perlis, urusan jual beli juga adalah mudah dan boleh melakukan “lock” harga secara online sahaja. Emas juga boleh di ambil di pejabat Public Gold atau di Pos Ar Rahnu.
Sebenarnya banyak lagi yang saya nak cerita tetapi buat masa ni saya rasa cukup setakat ini, kalau anda berminat nak beli emas bolehlah hubungi saya melalui whatsapp. Saya akan berikan panduan dan bimbingan sehingga anda puas hati, tidak kira di mana sekalipun anda berada, Insya Allah.
Ahmad Sadli
Authorized Dealer Public Gold
10 Ramadhan 1438 / 5 June 2017
Telaga Bata, Tumpat.