Kelebihan emas Public Gold

Anda mungkin berpendapat emas adalah emas maka semua jenama emas adalah sama sahaja. Maka kalau sesiapa mahu membeli emas anda berpendapat boleh saja membeli emas dari jenama apa sekalipun yang anda rasa popular. Izinkan saya memberikan sedikit pencerahan tentang hal ini.

Tidak dinafikan emas adalah emas dan jenama cuma syarikat sahaja yang berbeda, namun pemilihan jenama emas yang tepat sebenarnya menjadi faktor penentu sama ada pembelian emas anda adalah berbaloi atau tidak, untung atau tidak ataupun memuaskan hati atau tidak.

Disinilah munculnya fokus artikel ini iaitu apakah kelebihan emas jenama Public Gold ini.

1. Jongkong emas Public Gold berstatus LBMA.

Di Malaysia Public Gold adalah satu-satunya syarikat pengeluar jongkong emas yang memiliki status LBMA. Maksud LBMA ialah London Bullion Merchant Association. Status LBMA adalah satu standard atau penanda aras untuk satu piawai bagi pengeluar jongkong emas di seluruh dunia. Ia adalah satu pengiktirafan bahawa pengeluar jongkong ini memenuhi piawai yang ketat dan mutunya terkawal. Contoh kawalan ialah standard ketulenan dan berat. Ia merupakan satu standard untuk semua pedagang emas seluruh dunia. Dengan adanya status ini maknanya jongkong emas Public Gold adalah bermutu, terjamin ketulenan dan juga diterima di seluruh kedai emas di seluruh dunia tanpa ada keraguan.

2. Jaminan belian semula.

Public Gold menjamin pelanggannya dengan satu jaminan yang kukuh bahawa Public Gold akan membeli semula emas yang anda beli dari mereka tanpa proses yang rumit. Public Gold akan membeli emas anda walaupun ia sudah mengalami kecacatan seperti kemek atau tercalar. Public Gold bukan sahaja membeli dari anda emas dari jenama Public Gold, bahkan semua jenis emas dari jenama lain pun boleh anda jual kepada syarikat Public Gold. Di website rasmi public Gold sendiri tertera dengan jelas sekali berapakah harga yang akan dibayar kepada anda untuk setiap jenis emas yang anda beli daripada Public Gold. Harga ini pula di kemaskini setiap 20 minit bersandarkan harga emas “spot” dunia. Keupayaan ini tidak perlu anda ragui kerana Public Gold memiliki kilang emasnya sendiri.

3. Kadar “spread” yang rendah.

Maksud “spread” ialah beza harga antara harga jual dengan harga beli. Semua kedai emas mempunyai nilai “spread” mereka yang tersendiri. Kalau anda sudah biasa dengan laman web rasmi Public Gold pastinya anda sudah memerhatikan bahawa nilai “spread” ini tidak terlalu besar. Topik “spread” ini akan saya ulas lanjut dalam post yang lain. Secara asasnya “spread” adalah penting bagi golongan pelabur emas yang mahu menjual balik emas mereka. Dengan kadar “spread” rendah, kenaikan harga emas yang sedikitpun sudah cukup untuk membuat mereka untung besar.

4. Jenama yang teguh, “established”.

Public Gold telah beroperasi menjual emas sejak tahun 2008 lagi. Nama Public Gold pun terkenal dan diketahui oleh masyarakat secara umum. Keteguhan jenama ini akan memberikan kelebihan dan membuat emas yang anda miliki mempunyai prestijnya yang tersendiri. Ini pastinya memudahkan urusan jual beli, pajak, sewa, pendidikan dan sebagainya bila anda melakukan urusan ini dengan pihak masyarakat umum. Sebagai faktor tambahan, Public Gold juga telah menjadi pilihan sebagai syarikat yang menempa emas peringatan bagi majlis pertabalan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Banyak syarikat korporat juga memilih Public Gold untuk menempa emas peringatan. Selain itu, Public Gold juga menjalinkan kerjasama dengan syarikat Pos Malaysia (Pos Ar Rahnu).

5. Pilihan yang banyak.

Public Gold mengeluarkan emas dengan variasi yang begitu banyak dari sekecil-kecilnya sehinggalah yang paling besar, iaitu 1 kilo gram. Antara variasi yang popular ialah jongkong emas 0.5 gram dengan pelbagai jenis tema. Begitu juga jongkong emas 1 gram memiliki beberapa tema yang popular seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, kemerdekaan, perkahwinan, kelahiran dan banyak lagi. Tema ini direka oleh pihak rekaan dalaman Public Gold. Dari masa ke semasa, rekaan tema ini akan dikemas kini dan ada tema lama yang dihentikan. Mereka yang sudah lama mengumpul emas Public Gold biasanya memiliki tema-tema yang unik dan menjadi “rare” bila pembuatannya dihentikan bagi digantikan dengan rekaan tema baru yang lebih kontemporari.

Berikut ialah senarai emas yang dikeluarkan oleh Public Gold :

0.5 gram, 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram, 1000 gram. (24 karat)

0.5 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar, 10 Dinar. (24 karat)

Emas perhiasan wanita, Aurora Series. (18 karat)

Jongkong Perak, jongkong Dirham.

6. Hubungan yang berterusan.

Bila anda menjadi pelanggan Public Gold, hubungan anda bukan berhenti setakat menjadi pelanggan Public Gold sahaja. Bahkan anda sebenarnya akan menyertai keluarga besar Public Gold dan anda akan dilayan seperti keluarga. Setiap bulan Public Gold menganjurkan seminar pendidikan tentang emas di seluruh negara. Banyak perkara berkaitan dengan emas boleh anda pelajari. Dari masa ke semasa dengan mempelajari ilmu di seminar ini anda bukan sahaja membeli emas, tapi anda akan mendapat banyak sekali ilmu yang jauh lebih bernilai dari emas itu sendiri. Bahkan kalau anda mahu mencari pendapatan lumayan dengan menjadi seorang dealer pun ada disediakan landasan untuk anda.

7. Cawangan pejabat, “branch” yang meluas.

Public Gold memiliki cawangan di hampir seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kecuali negeri Perlis, semua negeri lain memiliki cawangan sendiri. Ibu pejabat Public Gold pula terletak di Pulau Pinang. Selain itu Public Gold juga telah membuka cawangan di Singapura, Indonesia dan akan datang di Brunei. Dengan adanya cawangan yang meluas ini pastinya akan memudahkan pembeli dan pelabur emas Public Gold melakukan urus niaga jual dan beli emas dengan lebih mudah tanpa mengira di mana sahaja mereka berada. Setiap cawangan ini akan menganjurkan seminar paling kurang sekali setiap sebulan.

8. “Lock” harga secara online

“Lock” harga maksudnya bersetuju dan membayar duit kepada Public Gold untuk membeli atau menjual emas pada harga semasa. Ia merupakan satu ikatan perjanjian yang tulus antara kedua pihak. Emas LBMA yang tertera di Public Gold adalah bersandarkan harga emas “spot” sedunia dan ia dikemaskini setiap 20 minit. Dengan kelebihan “lock” harga ini anda boleh saja berurus niaga secara 24 jam dan di mana sahaja tanpa ada sekatan. Bila harga menjadi “cantik” anda boleh terus bertindak walaupun anda sedang bercuti sekalipun. Urusan mengambil emas pula boleh anda lakukan bila anda habis bercuti.

9. Harga yang paling hampir dengan harga “spot” emas sedunia.

Semua syarikat emas akan cuba menjual emas mereka bersandarkan harga emas sedunia. Apa yang mereka lakukan ialah menjual dengan harga yang paling hampir dengan harga “spot”. Harga “spot” ialah harga emas mentah. Maksudnya emas “raw” yang belum di buat ukiran atau rekaan oleh syarikat emas. Public Gold mengemaskini harga emas LBMA setiap 20 minit bersandarkan harga “spot”. Ini boleh anda teliti sendiri di laman web rasmi Public Gold. Harga ini adalah antara yang paling hampir dengan harga “spot”. Satu lagi faktor harga ialah dengan adanya status LBMA jongkong emas Public Gold termasuk dalam kategori jongkong emas pelaburan, maka ia tidak dikenakan cukai GST oleh pihak kerajaan Malaysia.

10. Ketulusan dan kejujuran.

Dalam mana-mana perniagaan faktor kejujuran adalah paling bernilai lebih dari segala-galanya. Pengasas Public Gold iaitu Dato’ Wira Lois adalah seorang yang berperwatakan baik dan jujur. Beliau mempunyai pandangan yang jauh dan berwawasan. Beliau juga seorang yang menepati janji. Apa yang menarik ialah beliau menerapkan nilai-nilai ini kapada semua staff Public Gold. Anda akan melalui satu pengalaman yang hebat dan mengagumkan dengan menyertai keluarga besar Public Gold. Percayalah, apa yang anda dapat bukan sahaja emas yang bernilai tetapi satu pandangan hidup yang begitu hebat dan luar biasa. Anda akan tersenyum.

11. Isu keselamatan. Emas adalah barang yang bernilai tinggi dan isu keselamatan adalah sangat penting. Dalam hal ini Public Gold telah mengambil langkah yang menjamin keselamatan semua pihak. Bila anda berurusan dengan dealer, mereka akan bertindak sebagai penasihat dan pemberi tunjuk ajar kepada bakal pembeli sahaja. Apabila bakal pembeli telah bersetuju untuk membeli emas, pelanggan tidak perlu memberikan wang tunai kepada dealer. Mereka boleh terus membayar kepada pihak Public Gold sama ada melalui cash deposit atau pemindahan secara online ke akaun Public Gold. Terdapat ramai delaer Public Gold di seluruh negara. Carilah dealer yang boleh memberikan bimbingan secara konsisten dan sentiasa komited dengan Public Gold.

Itulah faktor dan kelebihan Public Gold berbanding dengan syarikat emas yang lain.

Sekian.

Ahmad Sadli Ibrahim

Authorized Dealer Public Gold.

11 Ramadhan 1438 / 6 June 2017

Telaga Bata, Tumpat.